PIAGAM PELANGGAN BTMKN

  • Mengurus permohonan projek ICT untuk kelulusan JPPICT dalam tempoh dua (2) minggu.

  • Memberi perkhidmatan pembangunan sistem aplikasi yang terdiri daripada :
    - skop kecil dalam tempoh empat (4) bulan
    - skop sederhana dalam tempoh lapan (8) bulan
    - skop besar dalam tempoh satu (1) tahun

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan sistem aplikasi melibatkan proses pembaikan kecil dalam tempoh dua (2) minggu, proses pengubahsuaian sederhana dalam tempoh satu (1) bulan dan proses penyusunan semula aplikasi dalam tempoh dua (2) minggu.

  • Menyediakan keperluan laporan baru dalam tempoh dua (2) minggu dan laporan ad-hoc dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pengesahan ringkasan penambahbaikan daripada pemilik sistem aplikasi.

  • Melaksanakan proses pengemaskinian kandungan Portal Rasmi Kerajaan Negeri dalam tempoh satu (1) hari dan penyelarasan maklumat dalam tempoh satu (1) minggu.

  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian baru Local Area Network (LAN) bagi skop kecil (<20 network point) dalam tempoh dua (2) minggu, skop sederhana (20-100 network point) dalam tempoh satu (1) bulan bekerja dan skop besar (>100 network point) dalam tempoh empat (4) bulan.

  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian baru Wide Area Network (WAN) bagi skop kecil (1-5 jabatan) dalam tempoh satu (1) bulan, skop sederhana (6-10 jabatan) dalam tempoh dua (2) bulan dan skop besar (>10 jabatan) dalam tempoh lima (5) bulan.

  • Melaksanakan perluasan dan peningkatan rangkaian Local Area Network (LAN) sedia ada bagi skop kecil (<20 network point) dalam tempoh tiga (3) minggu, skop sederhana (2-100 network point) dalam tempoh lima (5) minggu dan skop besar (>100 network point) dalam tempoh empat (4) bulan.

  • Menyediakan perluasan dan peningkatan rangkaian Wide Area Network (WAN) sedia ada bagi skop kecil (1-5 jabatan) dalam tempoh satu (1) bulan, skop sederhana (6-10 jabatan) dalam tempoh tiga (3) bulan dan skop besar (>10 jabatan) dalam tempoh enam (6) bulan.

  • Mengurus permohonan akaun emel rasmi Kerajaan Negeri dalam tempoh dua (2) hari.

  • Mengendali insiden keselamatan bagi skop tindakan segera dalam tempoh <1 jam dan skop tindakan lanjut dalam tempoh tujuh (7) hari.

  • Memberi perkhidmatan Helpdesk ICT melalui bantuan telefon dalam tempoh dua (2) jam dan bantuan on site (tidak melibatkan penggantian perkakasan) dalam tempoh dua (2) hari.

  • Memastikan gangguan teknikal bagi sistem aplikasi dan rangkaian komputer yang tidak melibatkan fizikal dipulihkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam, melibatkan kerosakan fizikal dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam dan uptime sistem aplikasi sekurang-kurangnya pada tahap 98%.

  • Memberi respon terhadap sebarang aduan berkaitan perkhidmatan PEGIS Map Browser dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja daripada tarikh diterima.

  • Pelanggan boleh mengambil sesalinan maklumat digital atau peta yang dipohon selepas empat (4) hari bekerja daripada tarikh persetujuan pelanggan.

  • Memberi khidmat nasihat teknikal ICT dan GIS kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

  • NOTA : Hari/minggu adalah merujuk kepada hari bekerja

  • PEMULIHAN PERKHIDMATAN :
    Semua perkhidmatan yang tidak dapat disediakan dalam tempoh yang dijanjikan, BTMKN akan memaklumkan pelanggan mengenai tempoh lanjutan. Pemakluman ini akan dikemukakan sebelum tempoh yang ditetapkan.